PRU-13: BN Sedia Tangkis Fitnah Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (hadapan,lima,kanan) ketika melancarkan sticker
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (hadapan,lima,kanan) ketika melancarkan sticker "Keluargaku Pengundi BN" oleh gerak kerja veteran UMNO Malaysia di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur pada Isnin. Turut kelihatan Pemangku Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mohd Zaid Sirat (hadapan, empat, kanan) dan Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub (hadapan, lima, kiri). -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan terikut-ikut strategi kempen pilihan raya pembangkang yang akan menabur fitnah di saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang bagi meraih undi.

Menyedari pendekatan yang bakal digunakan pembangkang, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu sedang merangka strategi khas bagi menangkis tohmahan dan fitnah yang dibuat parti lawan.

"Kita sedang merancang strategi tertentu dan kita yakin dapat menangkis apa yang mereka sebutkan terhadap kita.

"Tapi apa yang pasti kita tidak akan ikut cara mereka (tabur fitnah)," katanya pada sidang media di Menara Dato' Onn di sini, Isnin.

Sementara itu ditanya sama ada Umno akan meletakkan calon pada PRU-13 akan datang di kalangan generasi muda yang berpendidikan agama, Tengku Adnan berkata soal penentuan calon pilihan raya dibuat berdasarkan permintaan rakyat.

Tegas Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN, parti itu mempunyai calon daripada pelbagai kategori dan latar belakang selaras dengan keperluan rakyat di sesuatu kawasan.

"Macam-macam calon akan ada. Seperti apa yang presiden sebut, kita mahu letak calon yang rakyat mahu dan bukannya calon yang Umno nak...bukan calon yang presiden atau BN nak, tapi calon yang rakyat nak.

"Calon begitu yang akan kita pilih. Tak kira sama ada imam, ulama, tua atau muda...yang penting jika rakyat fikirkan calon berkenaan sesuai wakili mereka, kita akan beri mereka peluang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan