Pelaksanaan Hukum Hudud PAS Tidak Mampu Dilaksanakan Dengan Adil - Dr Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS tidak mampu dilaksanakan dengan adil.

Beliau berkata ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama bagi semua pihak.

"Secara terbuka dia (PAS) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.

"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam Al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak menuduh secara membuta-tuli.

"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang sama. Tak boleh lain," katanya.

Beliau menegaskan selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.

"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya.

Mahathir berkata atas sifat tidak adil yang diamalkan PAS itulah menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir tanpa bukti yang sewajarnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan