Kementerian Luar Akan Hantar Wakil Hadir Pendengaran Kes Kematian Theophilus - Berita Semasa | mStar

Kementerian Luar Akan Hantar Wakil Hadir Pendengaran Kes Kematian Theophilus

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan menghantar wakil untuk menghadiri pendengaran terhadap kes kematian editor Al-Jazeera Claudia Theophilus jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay pada Isnin berkata Kedutaan Malaysia di Lubnan masih memantau kemajuan penyiasatan kes tembakan tersebut.

"Siasatan oleh pihak berkuasa Lubnan masih diteruskan," katanya selepas melancarkan Pusat Maklumat Kumpulan Hospital Apollo, di sini.

Claudia, 42, telah ditembak dan dibunuh pada 2 Februari, dipercayai terbabit dalam kemalangan semasa bercuti di pergunungan Baakleen, Lubnan.

Mayatnya tiba dari Lubnan pada 9 Februari sebelum dibakar di Seremban pada 11 Februari.

Mengenai dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, Kohilan berkata siasatan masih diteruskan.

Beliau berkata tribunal tentera di Lubnan yang mendengar kes itu bulan lepas, tidak memutuskan sama ada pertuduhan terhadap mereka harus digugurkan atau tidak.

Pada 18 Oktober tahun lepas, Mohd Razif Mohd Ariff, 30, dan Mohammad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan di Beirut sebelum dihadapkan ke tribunal tentera.

Mereka mengaku tidak bersalah dan telah berada di bawah tahanan oleh pihak berkuasa keselamatan Lubnan sejak itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan