Karpal Suarakan Kebimbangan Mengenai Konflik DAP-PKR Di Johor, Bidas Chua Jui Meng

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Karpal berkata siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik 'serangan berbisa secara rahsia' terhadap DAP itu dan 'tangan hitam' di sebaliknya.

Katanya penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang.

"Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.

"Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.

Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan