Karpal Akui Ada Masalah Dalam Pakatan

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengakui beberapa isu yang timbul dalam Pakatan Rakyat menyebabkan wujudnya percanggahan pendapat di antara ketiga-tga parti dalam pakatan pembangkang.

"Tidak ada keraguan ada lebih banyak isu untuk ditangani oleh Pakatan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Percanggahan pendapat ada disitu. Kita tidak menafikannya. Namun, di satu sudut lagi, ada isu yang lebih besar untuk kita lihat berbanding keraguan kami.

"Saya fikir perbezaan pendapat ini boleh diselesaikan bila tiba masanya. Untuk sekarang, apa yang lebih penting adalah ketiga-tiga parti, DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Hubungan kami antara satu sama lain secara umumnya adalah baik" katanya pada sidang media di sini, pada Ahad.

Karpal berkata DAP menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan Pusat.

Beliau turut menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa DAP dan PAS bersetuju dengan cadangan agar veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan