Fikir Dahulu Sebelum Undi - Chua

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Rakyat perlu memikirkan mengenai kehidupan mereka sebelum mereka membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Presiden MCA itu berkata banyak janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lepas hanya janji kosong dan ada yang sekadar pembohongan semata-mata.

Mengambil contoh Selangor sebagai salah satu negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, Chua berkata lebih 10,000 rakyat di negeri itu telah memfailkan saman terhadap kerajaan negeri kerana tidak memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya mereka.

"Ini kali pertama dalam sejarah negara dan saya bersyukur mahkamah menyatakan bahawa ada kes yang kuat dalam isu saman terhadap kerajaan negeri," katanya sambil menambah kerajaan negeri Selangor juga gagal memberikan elaun seperti yang dijanjikan kepada ibu tunggal.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan bahawa 'manifesto dalam pilihan raya bukan janji yang dibuat oleh kerajaan'.

"Saya berharap apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan akan membuka mata semua pihak," katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Ipoh Barat pada Ahad.

Dr Chua berkata rakyat perlu mengundi berdasarkan fakta, yang mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Jelasnya, hasil daripada program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak tiga tahun lalu sangat menggalakkan.

"Kita memerlukan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang dicatatkan pada tahun ini adalah antara 5 dan 5.5 peratus.

"Kami juga memerlukan antara 250,000 dan 300,000 peluang pekerjaan baru setiap tahun bagi membolehkan golongan muda mendapat pekerjaan," katanya sambil menambah bahawa program Tranformasi Ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan telah mewujudkan 300,000 peluang pekerjaan setiap tahun.

Dr Chua berkata program yang diperkenalkan oleh Najib itu akan diteruskan dalam tempoh lima tahun akan datang dapat membantu negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang Wawasan 2020.

Sebarang perubahan kerajaan akan menggangu pertumbuhan ekonomi dan ketidak pastian dalam soal sosio-ekonomi, katanya.

Sebabnya adalah Pakatan merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai visi atau perancangan masa depan bagi negara dan rakyat di negara ini, ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan