Banjir Kilat Sebabkan Lalu Lintas Sesak Di Puchong

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Trafik sesak akibat banjir kilat di Puchong. -Foto Shahrul Fazry Ismail/THE STAR
Trafik sesak akibat banjir kilat di Puchong. -Foto Shahrul Fazry Ismail/THE STAR

KUALA LUMPUR: Lalu lintas sesak teruk di beberapa jalan utama di sekitar Puchong petang ini ekoran banjir kilat antaranya di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan lalu lintas berlaku di laluan New Pantai Expressway (NPE), Bulatan Kewajipan hingga susur LDP di kedua arah, Lebuhraya Sprint dari arah Damansara Utama hingga plaza tol Damansara Utama pada kira-kira jam 6.13 petang Isnin.

Jurucakap bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat pada jam 5.30 petang ekoran hujan lebat dan menghantar satu jentera penyelamat ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap bomba itu, beberapa buah kenderaan dilaporkan 'terperangkap' dalam banjir kilat itu berhampiran IOI Mall.

Air juga dilaporkan naik di sekitar kawasan parkir pusat beli-belah tersebut hingga menenggelamkan beberapa buah kenderaan, katanya.

"Punca banjir dipercayai disebabkan longkang tersumbat," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan