Subramaniam Akan Terus Kekal Bertanding Di Segamat

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan artikel Malaysian Insider yang menyebut beliau akan digugur daripada bertanding di kerusi Parlimen Segamat, sebagai laporan tidak berasas dan satu perbuatan nakal.

Menteri Sumber Manusia itu berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincang pada mana-mana perbincangan di peringkat tertinggi pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pada perbincangan sebelum ini, 85 peratus wakil rakyat MIC akan dikekalkan dan hanya sebilangan kecil perubahan dilakukan bagi memastikan kemenangan BN.

"Ia sesuatu yang tidak betul. Mungkin dia mengambil kenyataan daripada seseorang lalu terus menjadikannya sebagai bahan berita," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Kem Kesihatan anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Negara di Dewan Serbaguna Pekan Batu Anam di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media alternatif itu yang menyebut beliau akan digugur daripada dicalon semula mewakili BN bagi kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pada PRU 2008, Subramaniam, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Segamat, menewaskan calon DAP Pang Hok Liong dengan majoriti 2,991 undi.

Sehubungan itu, beliau meminta Malaysian Insider memperbetul laporan tersebut kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik terhadap dirinya dan BN.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata sebagai anggota Parlimen Segamat, beliau telah mendekati pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kaum Cina, dalam usaha mempertingkat sokongan masyarakat tersebut kepada BN.

"Malam tadi misalnya, kita telah mengadakan majlis makan malam bersama lebih 1,000 anggota Dewan Perniagaan Tiong Hua dan saya fikir mereka boleh menilai sendiri perkhidmatan kami," katanya.

Beliau berkata, langkah itu juga selaras dengan matlamat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat sokongan kaum Cina dipertingkat pada PRU-13. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan