Rakyat Kelantan Ingin Lihat Negeri Sendiri Maju - Mustapha

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemakmuran ekonomi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuka peluang kepada rakyat Kelantan menikmati kehidupan lebih baik walaupun berada di perantauan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini tidak mampu diberi kerajaan PAS Kelantan, menyebabkan ramai rakyat Kelantan berhijrah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Rakyat Kelantan yang berhijrah kini berjaya menjadi pegawaitertinggi kerajaan, tokoh korporat ternama, peniaga yang berjaya dan rakyat biasa mempunyai kehidupan lebih baik hasil peluang yang diberi kerajaan BN dan Umno," katanya.

Mustapa berkata demikian ketika berucap pada 'Perhimpunan Perdana Anok-Anok Kelantan di Perantauan 2013' di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Ahad.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mustapa, kira-kira 500,000 rakyat Kelantan yang berada di luar negeri itu kini mahu kemakmuran ekonomi yang dikecapi mereka dikekalkan selain mahu nikmat itu dirasai di negeri itu sendiri.

"Warga Kelantan amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan kerajaan (pusat) dan telah bersedia melakukan perubahan untuk menukar kerajaan PAS di Kelantan kepada kerajaan BN yang mampu menjadikan Kelantan turut maju, sebaris dengan negeri-negeri naungan BN dan Umno yang lain," kata Mustapa.

Beliau menarik perhatian bahawa rakyat Kelantan tidak mahu lagi dibelenggu dengan janji-janji kerajaan negeri yang tidak ditepati serta tidak membawa sebarang manfaat untuk mereka.

Rakyat Kelantan mahu tanah di negeri Kelantan diurus dengan cekap dan diberi kepada yang berhak, bukan digadai sewenang-wenang, kata Mustapa, sambil menambah hanya BN dan Umno mampu membawa perubahan ini.

"Kehadiran warga Kelantan pada program ini menunjukkan kebangkitan dan komitmen mahu terus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha meningkatkan kemakmuran di negara ini dan negeri Kelantan," tambahnya.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan