PM Lakar Sejarah Hadiri Aktiviti Anjuran Dong Zong

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina di Dong Jiao Zong Higher Learning Centre, Kajang, Ahad. Turut hadir Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (tiga,kiri), Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (empat,kiri), dan Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian (empat,kanan). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina di Dong Jiao Zong Higher Learning Centre, Kajang, Ahad. Turut hadir Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (tiga,kiri), Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (empat,kiri), dan Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian (empat,kanan). -fotoBERNAMA

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melakar sejarah menjadi perdana menteri pertama menghadiri aktiviti anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sejak 59 tahun penubuhan persatuan itu.

Kehadiran Najib pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini pada kira-kira pukul 9.45 pagi disambut Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian serta wakil-wakil persatuan lain.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Perdana Menteri turut menyertai acara "Lao Shang" dan menulis kaligrafi yang membawa makna "menyambut tahun baharu bersama-sama".

Acara kaligrafi berkenaan juga disertai Dr Yap, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon, Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuen dan Pengerusi Merdeka University Berhad Foo Wan Thot.

Najib bersama tetamu kemudiannya menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan pentas.

Lebih 5,000 tetamu turut hadir pada majlis itu dan mereka dihiburkan dengan persembahan tarian singa, persembahan muzik dan nyanyian tradisional Tionghua.

Orang ramai rata-rata teruja dengan kehadiran perdana menteri serta tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu semasa beliau hendak meninggalkan majlis kira-kira pukul 10.30 pagi.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Merdeka University Berhad, Persekutuan Persatuan-Persatuan Tiong Hua daerah Hulu Langat, Dong Jioa Zong Higher Learning Center, Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina setiap negeri dan Kolej New Era.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon ketika ditemui pemberita berkata kehadiran perdana menteri memberi satu permulaan baik kepada penambahbaikan sekolah aliran Cina.

"Jelas kelihatan keikhlasan perdana menteri ketika hadir pada majlis hari ini dan kami gembira dengan kehadiran beliau," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan