Negara Mampu Capai Status Negara Maju Pada 2018 - Nor Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Malaysia berkemungkinan mampu mencapai status negara maju pada 2018 sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi negara kekal antara 5.3 hingga 5.5 peratus dalam tempoh empat tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata negara mampu mencapai Wawasan 2020 lebih awal berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara kini berada pada tahap yang memberangsangkan.

"...untuk menjadi negara maju ialah kita mesti mencapai pendapatan per kapita USD15 ribu setahun. Ketika ini, pendapatan per kapita kita adalah USD9,700 setahun, ada sikit lagi. Mengikut pemikiran kita kalau kita capai lebih dari 5.3 peratus kita boleh mencapai Wawasan 2020.

"Sebenarnya kita buat unjuran kalau kita dapat kadar pertumbuhan ekonomi antara 5.3 hingga 5.5 peratus dari sekarang sehingga tiga, empat tahun akan datang kita boleh mencapai Wawasan 2020 dua tahun lebih awal pada 2018," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Pakatan Nelayan Pengkalan Machang di sini, Ahad.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan pelan dan projek pembangunan yang dapat menarik lebih ramai pelabur ke negara ini sekali gus menjurus kepada status negara maju.

Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk semua peringkat masyarakat sedikit sebanyak berupaya membantu penjanaan ekonomi negara.

Beliau berkata adalah penting untuk Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara bagi merealisasikan hasrat mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Untuk mencapai Wawasan 2020 kita perlu terus diberi mandat. Sebab yang penting sekali untuk mencapai Wawasan 2020 ialah kestabilan. Kestabilan politik dan ekonomi penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur luar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan