Masalah Urusan Jual-Beli Dalam Talian Semakin Membimbangkan

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jika apa yang dijanjikan kedengaran terlalu sukar untuk menjadi kenyataan, kemungkinan ia hanya janji manis penjual, situasi yang dihadapi ramai pembeli dalam talian.

Dalam hanya empat bulan, Pusat Khidmat Aduan Nasional Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menerima kira-kira 400 aduan berkaitan urusan pembelian di laman web yang semakin berkembang sejak tahun lepas atau sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut timbalan pengarah pusat itu, K. Ravin, kira-kira 61 peratus aduan yang difailkan antara September dan Disember tahun lepas melibatkan kualiti produk.

Aduan lain termasuk maklumat yang mengelirukan dan masalah penghantaran dan pemulangan.

Ravin berkata: "Ramai yang mendapati produk yang mereka beli tidak mempunyai kualiti seperti yang diiklankan. Ada juga yang mengadu tentang produk palsu."

Eksekutif Sumber Manusia Ng Hui Xin, 29, adalah salah seorang daripada mereka yang mempunyai pengalaman buruk dalam urusan jual-beli di lalam web.

"Saya membeli tempat menyimpan kasut untuk but kereta saya dari salah sebuah laman web. Saya fikir pembelian dengan harga RM39 benar-benar baik.

"Saya tidak fikir pembelian ini mempunyai masalah. Tetapi apabila saya menerimanya, produknya sangat buruk. Zipnya terkoyak ketika saya cuba membukanya," katanya.

Ng menghantar e-mel kepada laman web berkenaan dan e-melnya dilanjutkan kepada pembekal produk, tetapi dia tidak pernah menerima jawapan.

"Selepas itu saya menghantar e-mel ke laman web itu beberapa kali tetapi mereka tidak mempedulikannya. Saya akhirnya berputus asa.

"Ini bukan pembelian pertama saya tetapi mungkin akan menjadi yang terakhir untuk laman web seperti ini," katanya.

Ravin berkata FOMCA telah menerima banyak aduan yang mengelirukan berkaitan harga, terutama untuk pakej kecantikan dan spa.

"Sebagai contoh, pakej 'facial' yang asalnya dijual pada harga RM2,000 ditawarkan pada harga RM150. Ia kedengaran sangat baik tetapi apabila anda sampai ke sana, ada perkara lain yang perlu anda bayar sebelum anda boleh mendapatkan pakej RM150. Akhirnya, pelanggan masih perlu mengeluarkan hampir RM2,000 juga," katanya.

Dengan populariti jual-beli dalam talian dan 'e-shopping' yang semakin meningkat orang ramai perlu sedar tentang hak-hak mereka di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, kata peguam Sankara Nair.

"Tidak kira sama ada transaksi itu dibuat melalui melalui internet atau secara langsung. Kesannya adalah sama," katanya.

Mengikut Seksyen 10(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna: "Tiada seorang pun boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan tentang jenis barangan yang tertentu, standard, kualiti, gred, kuantiti, komposisi, gaya atau model."

Penalti kerana melanggar peruntukan undang-undang ini adalah sanat keras di mana entiti korporat boleh didenda sehingga RM250,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 bagi kesalahan berikutnya.

Individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama. Mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

"Laman web berada dalam kedudukan yang terbaik untuk mengetahui jika mereka mendapat barangan daripada pembekal produk asli. Wajib ke atas mereka dan mereka tidak boleh membebaskan diri daripada tanggungjawab."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan