Jurugambar Malaysia Menang Anugerah Dalam '56th World Press Photo Contest'

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

-Foto AP/Stefen Chow, Majalah Smithsonian
-Foto AP/Stefen Chow, Majalah Smithsonian

PETALING JAYA: Pengkarya seni Cina, Ai Weiwei merenung tepat kepada kamera ketika dia mengambil gambar jurugambar Stefen Chow, yang memenangi anugerah dalam '56th World Press Photo Contest'.

Chow, jurugambar Malaysia yang berpangkalan di Beijing, telah ditugaskan oleh majalah 'Smithsonian' untuk mengambil gambar artis dan seniman terkenal itu, yang telah ditahan selama tiga bulan pada tahun 2011 kerana mengeluarkan kenyataan menentang parti komunis yang memerintah.

"Ini adalah tabiat beliau yang mengambil gambar mereka yang datang dari seluruh pelosok dunia untuk mengambil gambarnya. Ia adalah naluri sisinya untuk menarik keluar kameranya dan naluri saya sendiri untuk menangkap gambarnya ketika itu, " kata Chow.

Chow, 33, telah diberi penghormatan apabila gambarnya memenangi hadiah kedua dalam kategori potret yang dipentaskan.

"Dengan melihat gambar itu, saya mahu orang berasa seperti mereka telah menghabiskan masa berkomunikasi dan memahami beliau sendiri. Saya cuba memberikan pandangan tidak berat sebelah dan setelus mungkin," kata jurugambar bebas terkenal ini, yang mana pelanggannya termasuklah majalah 'Time' dan 'The Guardian'.

Seorang lagi rakyat Malaysia Dr Chen Wei Seng, 51, memenangi hadiah pertama dalam kategori 'sports single action' melalui gambar 'Pacu Jawi' yang popular di Indonesia, Februari lalu.

Menunggu selama berjam-jam di bawah matahari, dia telah diberi ganjaran apabila berjaya menangkap detik mencabar dan gembira yang dapat dilihat pada wajah joki Indonesia pada akhir perlumbaan.

Gambar yang dirakam adalah dramatik dan berwarna-warni, menggambarkan joki berpaut pada ekor dua lembu jantan ketika mereka berada di sepanjang padi sawah, dengan air dan lumpur terpercik di sekelilingnya.

"Saya berasa sangat gembira. Saya telah memenangi hadiah sebelum ini tetapi bukan dalam pertandingan yang besar. Pengiktirafan ini pasti akan meningkatkan kerja saya dalam tugasan," katanya, sambil menambah bahawa dia telah menjual karyanya kepada agensi antarabangsa.

Amat luar biasa kerana Dr Chen bukan hanya bertugas sebagai jurugambar. Beliau juga mempunyai amalan perubatan pada hari bekerja dan berkhidmat sebagai pendidik untuk melatih pelajar-pelajar perubatan dalam perubatan keluarga.

"Ia bukan sahaja kerja untuk saya, tetapi juga keseronokan. Disebabkan saya bekerja dalam sektor swasta, waktu malam saya dihabiskan dengan anak-anak manakala saya membuat tugasan fotografi pada hujung minggu," katanya.

Dr Chen telah memenangi hadiah dalam Anugerah Fotografi Antarabangsa 2012 dan 'International Loupe Awards 2012' serta merupakan salah seorang daripada jurugambar rasmi bagi Liga Bola Keranjang Asean dan Golf Terbuka Malaysia 2013 bulan depan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan