Jentera Pilihan Raya MCA Siap Siaga Hadapi PRU-13 - Berita Semasa | mStar

Jentera Pilihan Raya MCA Siap Siaga Hadapi PRU-13

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Semua jentera pilihan raya MCA di seluruh negara bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak parti itu telah pun membuat persiapan sejak setahun lalu.

"Jentera MCA di peringkat cawangan (contohnya), kita telah pun menubuhkan bilik gerakan sejak setahun yang lepas," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Lumut di Dewan Marina Island, Teluk Muroh dekat sini.

Lebih 5,000 orang jentera pilihan raya dari semua parti komponen BN Parlimen Lumut hadir pada program tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sementara itu, Kong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, sambutan golongan muda terhadap BN di seluruh negara juga semakin menggalakkan.

"Ini menunjukkan golongan muda turut menyokong BN. Keadaan itu memberi keyakinan yang lebih kepada kita untuk menghadapi PRU-13 akan datang.

"Semua jentera BN kini berada di tahap tertinggi dan ini adalah satu petunjuk yang baik dan meyakinkan kita semua," katanya yang juga Anggota Parlimen Lumut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan