Hishammuddin Yakin Proses Pengusiran Penceroboh Di Lahad Datu Diselesai Dengan Baik

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau percaya pihak berkuasa termasuk polis mampu menangani kes tersebut dan mereka yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu akan dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan selamat.

"Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah.

"Saya tak nak mana-mana pihak terkorban. Mereka juga manusia yang perlu dihormati nyawanya. Jika ada yang terkorban, akhirnya kerajaan dan pihak berkuasa kita juga yang dituduh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Paloh di sini, Ahad.

Majlis turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Hoo Seang Chang; ADUN Kahang R.Vidyanathan dan pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan kerajaan sesekali tidak akan berkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

"Sehubungan itu, dakwaan mengatakan kerajaan sedang mengatur sesuatu tentang Sabah adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau juga sekali lagi memberi jaminan keadaan di Lahad Datu setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan