DAP Sudah Serah Laporan Penyata Tahunan Kepada ROS - Karpal

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP, pada Ahad mengesahkan telah menghantar laporan penyata tahunannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 8 Februari lepas.

Pengerusinya Karpal Singh berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan ROS sekiranya dipanggil untuk memberi penjelasan dan beliau menyifatkan dakwaan yang mengatakan parti itu gagal mengemukakan laporan itu sebagai 'kenyataan tidak bertanggungjawab'

"Laporan itu telah disahkan penerimaannya oleh ROS. Sekiranya dipanggil oleh ROS, DAP sedia memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP yang didakwa tidak menyerahkan laporan kepada badan itu.

Justeru, beliau berkata dakwaan yang mengatakan DAP belum menghantar laporan penyata tahunannya adalah tidak benar dan tidak berasas.

Dalam perkembangan lain, Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor meminta polemik isu kalimah Allah serta protes jalanan bertujuan menyerang beliau secara peribadi dihentikan semua pihak kerana perkara itu dianggap telah selesai.

Beliau berkata pakatan pembangkang tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat pada 8 Januari lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

"Ini pendirian pakatan pembangkang yang dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri (Presiden PAS) Datuk (Seri) Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan majlis syura ulama PAS adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti," katanya.

Mengulas mengenai laporan akhbar bahawa PAS akan keluar dari pakatan sekiranya kerjasama antara mereka merugikan Islam dan Melayu, Karpal berkata kenyataan itu terlalu umum dan boleh dipertikaikan kesahihannya.

"Saya tidak akan menjawab kepada persoalan yang spekulatif," katanya.

Beliau turut menegaskan hubungan antara DAP, PKR dan PAS masih baik walaupun terdapat percanggahan pendapat di antara mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan