Tiada Ciri-Ciri 'Arab Spring' Di Malaysia - Dr Chandra Muzaffar - Berita Semasa | mStar

Tiada Ciri-Ciri 'Arab Spring' Di Malaysia - Dr Chandra Muzaffar

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ciri-Ciri yang boleh menjurus kepada kebangkitan diistilah sebagai 'Arab Spring' seperti yang berlaku di dunia Arab tidak wujud di negara ini, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar.

Dr Chandra, yang juga Presiden Just World, berkata istilah itu sendiri tidak tepat kerana telah dimanipulasi pihak barat bagi menunjukkan tindakan ganas sesuatu negara, terutama membabitkan masyarakat Islam.

"Kita mengamalkan sistem demokrasi, iaitu ada pilihan raya yang bebas dan ekonomi yang berkembang, berbanding di sesetengah negara Arab yang mengamalkan sistem dinasti, iaitu mewariskan takhta (pemerintahan) mereka," katanya ketika menjadi anggota panel program Bicara Rakyat - Analisa 'Arab Spring' di sini malam Jumaat.

Program bual bicara yang dikendali moderator Sayed Munawar Syed Mustar itu turut bersiaran secara langsung di TV1.

Seorang lagi anggota panel, Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit Sdn Bhd Datuk Aidit Ghazali berkata kebangkitan yang berlaku di dunia Arab tidak boleh sama sekali dikiaskan dengan situasi di negara ini.

Beliau berkata ini kerana pemerintahan pemimpin sedia ada di Malaysia sentiasa responsif terhadap masalah dan kehendak rakyat.

"Di negara Arab, sesuatu masalah itu tidak diselesaikan dengan tepat," katanya sambil menjelaskan ketidakpuasan hati yang berlaku di negara ini ialah dalam skala dan sebab berbeza.

"Ia lebih kepada hasutan sesetengah pihak yang mahu mengelirukan rakyat," katanya.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar pula berkata protes jalanan di negara ini masih dilihat terkawal dan boleh diawasi melalui sistem Perlembagaan yang teratur.

Beliau turut menggesa golongan mahasiswa supaya memahami apa sebenarnya fenomena kebangkitan yang berlaku di dunia Arab bagi membolehkan mereka membuat pertimbangan sewajarnya.

"Kalau golongan muda tidak mengikuti arus global, mereka akan beku dan kaku. Justeru, mereka perlu sentiasa meneliti keadaan semasa untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan yang bijak tanpa merosakkan negara," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan