SPNB Bina 19,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)bakal membina 19,000 lagi Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pegawai Teknikal SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali berkata SPNB telah membina sebanyak 19,700 unit RMR1M dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 setiap unit sejak program RMR diperkenalkan pada 2002.

"Kos sebenar sebuah RMR1M ialah RM65,000 dan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 setiap unit supaya pembeli tidak dibebankan dengan kos yang tinggi, mereka hanya menanggung kos RM45,000 seunit," katanya selepas merasmikan Program Hari SPNB bersama Media 2013 di sini, Sabtu.

Selain memberi subsidi kepada pembinaan RMR1M, kerajaan juga menanggung kos tambahan yang diperlukan untuk kerja ambil alih dan menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai.

"Kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, oleh itu SPNB tidak dibenarkan menaikkan harga rumah yang terbengkalai, sebaliknya kami menyiapkan rumah tersebut dan kos tambahan ditanggung sepenuhnya kerajaan," katanya.

Program bersama media yang bertemakan "Selamatkan Gaza" itu diadakan di Kem Isi Rimba, Hulu Kemensah di sini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti riadah dan penyerahan sumbangan RM2,300 oleh pekerja SPNB untuk Tabung Gaza.

Azizi berkata SPNB juga kini giat menyiapkan dua projek perumahan yang terbengkalai lebih 10 tahun di Batu Pahat dan Tangkak, Johor.

"Taman Jasa Amir di Batu Pahat melibatkan 50 unit rumah manakala terdapat 60 unit rumah terbengkalai di Taman Tangkak Emas, Tangkak dan ia melibatkan kos lebih RM20juta," katanya.

Sementara itu, Azizi berkata SPNB juga telah memulakan pembinaan fasa kedua rumah mampu milik di Laguna Biru, Rawang yang mempunyai 1,200 unit rumah berharga antara RM160,000 ke RM170,000 dan dijangka siap Jan 2015. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan