Pengurus Masih Teruja Restoran Dikunjungi Psy

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kim (kiri) sempat bergambar kenangan dengan Psy ketika kunjungan 'superstar' itu ke restorannya ketika membuat persembahan di P.Pinang baru-baru ini.
Kim (kiri) sempat bergambar kenangan dengan Psy ketika kunjungan 'superstar' itu ke restorannya ketika membuat persembahan di P.Pinang baru-baru ini.

GEORGE TOWN: Beberapa hari selepas masyarakat di Pulau Pinang terpesona dengan persembahan bertenaga Psy, orang ramai masih lagi bercakap tentang 'superstar' dari Korea Selatan itu.

Pengurus Restoran Daorae Korean BBQ, Kim Gi Joun, 56, bercakap sendiri dengan Psy dalam pertemuan peribadinya dengan Psy di restorannya di Jalan Tanjung Tokong selepas Psy membuat persembahan pada Isnin.

"Psy sangat merendah diri malah dia juga menghidangkan 'soju' (sejenis makanan Korea) kepada setiap ahli kumpulannya. Dia tidak meninggi diri dan langsung tidak berkelakuan seperti 'superstar'.

"Bagi pihak rakan-rakan di Korea Selatan, saya amat berbangga dengannya," katanya.

Kim berkata Psy memesan beberapa makanan Korea termasuk 'kimchi', 'pancake' Korea, sup makanan laut dan kek beras pedas.

Kim berkata dia dimaklumkan tentang kunjungan Psy enam hari sebelum kedatangannya dan berada dalam dilema selepas diberitahu untuk menyimpan "rahsia".

"Saya begitu teruja dan ingin sangat untuk menggantung banner besar untuk menghebahkan Lawatan psy ke restoran saya," katanya.

Kira-kira pukul 4.45 petang 11 Februari, beberapa jam selepas membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional P.Pinang di Han Chiang High School, Psy secara rahsia pergi ke restoran ini dengan memakai T-shirt hitam.

Walaupun ia dirahsiakan, kira-kira 200 peminat menunggu di luar restoran.

Kim berkata, Psy yang datang dengan 10 polis pengiring dan lima pengawal peribadi, berada di restorannya lebih dari lima jam.

"Psy terpaksa meninggalkan restoran melalui pintu belakang kira-kira pukul 10.00 malam kerana semua peminat-peminatnya memenuhi lobi dan kawasan tempat letak kereta," katanya.

Psy dijangka membuat persembahan di Malaysia sekali lagi pada 16 Mac depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan