Pemuda Umno Sokong Mufti Perlis & Dr Mohd Asri Bertanding PRU13

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mengalu-alukan penglibatan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti negeri itu, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, PRU-13 kali ini bakal menjadi pilihan raya bersejarah jika benar kedua-dua ulama ini bertanding.

"Kalau mereka berdua bertanding untuk Umno, Alhamdulillah, kami mengalu-alukan penyertaan mereka. Namun jika mereka memilih parti lawan, kita perlu terima keputusan tersebut.

"Ia pasti menjadi pilihan raya bersejarah kerana kedua-dua ulama terpanggil untuk bertanding pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat berhubung dakwaan penglibatan kedua-dua tokoh agama itu dalam pilihan raya umum kali ini.

Jelas Khairy, penglibatan mereka bakal memberi laluan kepada para ulama menyertai bidang politik.

"Mereka membawa mesej yang mendalam. Mungkin tokoh-tokoh lain sedang menunggu 'wahyu' untuk buat keputusan sama ada bertanding atau tidak dan panji yang mereka nak bawa," kata beliau yang mengakui mengenali rapat kedua-dua tokoh ulama ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan