Pemberian BR1M 3.0 Akan Dipertimbang- PM

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHINI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 (BR1M 3.0) pada tahun hadapan.

"BR1M 3?...tunggu selepas pilihan raya umum. Ia mungkin akan diberikan pada tahun hadapan tetapi tunggu sehingga selesai pilihan raya," katanya selepas menyerahkan BR1M 2.0 di sini, Sabtu.

Najib berkata, BR1M 2.0 yang diagihkan kepada rakyat sekarang akan menjadi lebih bermanfaat daripada bantuan awal kerana ia juga diberikan kepada golongan muda dan belum berkahwin.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 orang, beliau membidas pihak pembangkang kerana sekadar menabur janji-janji kosong seperti di Selangor.

Najib berkata di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), orang ramai dibantu menerusi program seperti BR1M, bantuan persekolahan dan sebagainya.

"Baru-baru ini, saya melawat Mesir dan melihat situasi di negara itu selepas revolusi menumbangkan rejim lama.

"Sesetengah orang di sini menyemarakkan semangat revolusi yang sama. Mereka kata pembaharuan tetapi adakah pembaharuan lebih baik daripada transformasi? Pembaharuan atau protes atau membaling kerusi? Transformasi bermaksud rakyat dibantu.

"Golongan Felda menerima durian runtuh sebanyak RM15,000, pinjaman perumahan dan bonus tahunan. Ini adalah agenda transformasi kebangsaan. Tiada apa-apa yang ditawarkan menerusi reformasi," katanya.

Kira-kira 7,000 penduduk di Chini menerima BR1M 2.0 pada Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan