PAS Gagal Tadbir Kedah, Rakyat Wajar Pilih BN - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Rakyat Kedah wajar mengembalikan kuasa mentadbir negeri ini kepada Barisan Nasional (BN) berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dasar kerajaan Kedah yang diterajui PAS tidak membantu pembangunan negeri ini menyebabkan pelaburan tidak masuk, negeri mundur dan rakyat tiada pekerjaan.

Katanya kerajaan PAS Kedah jelas tidak berkeupayaan untuk membangunkan Kedah kerana Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) sering meletakkan semua tanggungjawab yang menjadi kewajipannya kepada kerajaan pusat.

Usaha membela rakyat yang dilakukan BN sejak 55 tahun lepas jelas menunjukkan kerajaan BN sentiasa memastikan setiap lapisan rakyat tidak tertinggal dalam arus pembangunan perdana yang rancak bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, kata Muhyiddin semasa berucap melancarkan Kolaborasi 2013 Parlimen Kuala Kedah di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah, dekat sini, Sabtu.

Muhyiddin sedang dalam rangka lawatan kerja sehari di Kedah pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, pengerusi badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom serta ketua Umno bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah.

"Kedah mundur jika tidak dibantu kerajaan pusat. Masalah rakyat, petani, nelayan dan semuanya, Menteri Besar kena turun dan selesaikan. Tanya MB Kedah, dia buat tidak...dia tak mampu buat," katanya dengan disambut tepukan hadirin tanda menyokong apa yang dinyatakannya.

Katanya di Selangor dan Kelantan banyak masalah lama dan baharu kerajaan pembangkang tidak mampu diselesaikan sehingga menyusahkan kehidupan rakyat.

Oleh itu, beliau berkata rakyat Kedah hendaklah mengembalikan kuasa kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi dan tidak mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, beliau berkata 508,000 isi rumah di Kedah menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kerajaan pusat beri bantuan ini bagi membantu rakyat tanpa pernah bertanya parti mana mereka sokong. Tiada satupun kerajaan di dunia ini yang pemurah dan prihatin dengan rakyatnya seperti kerajaan BN," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, Latt Shariman berkata Kolaborasi 2013 adalah gagasan perpaduan, pemuafakatan dan harmoni menggunakan segala sumber dari dalam dan luar negara bagi membangunkan sosio ekonomi, pendidikan, sukan dan kebudayaan masyarakat Kuala Kedah bagi menjadikannya sebuah kawasan yang maju, aman dan makmur.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kolaborasi 2013 berkata Kuala Kedah mempunyai potensi dan tumpuan harus diberikan kepada kawasan itu bagi menjana kekuatan dalam bidang perikanan, pertanian dan pelancongan.

"Saya mahu penduduk Kuala Kedah berfikir di luar kebiasaan kerana mereka mampu berdikari dan membangunkan ekonomi diri dan keluarga memandangkan kerajaan pusat menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan," katanya yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan