Orang Lama Tidak Terpilih Jadi Calon Tidak Boleh Kecil Hati - Isa Samad

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wakil rakyat veteran atau yang telah lama berkhidmat tidak seharusnya berkecil hati sekiranya tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Katanya mereka yang tidak terpilih wajar menerima dengan hati terbuka dan bersedia memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno terus relevan.

"Orang macam saya kalau tidak terpilih tidak boleh kecil hati kerana sudah bertanding berkali-kali," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program televisyen Sentuhan Ikon terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata mereka yang tidak terpilih juga perlu terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih iaitu turut turun berkempen di seluruh negara.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding, Mohd Isa berkata: "Kalau tidak terpilih kita turun bantu jentera parti berkempen, sebab zaman saya dulu bertanding orang lain juga turun bantu kita."

Mengulas mengenai dakwaan kumpulan pelajar dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dihalang ketika mahu memasuki kawasan Felda di Pahang baru-baru ini, Mohd Isa berkata pihak berkenaan perlu berfikir mengapa mereka tidak diterima masyarakat setempat.

"Kalau orang tidak bagi masuk, kenapa mahu masuk juga. Macam orang tidak beri kita masuk rumah, mengapa kita perlu masuk. Masyarakat tidak terima kerana mereka hidup aman damai kenapa perlu masuk untuk pecah belahkan dan kacau harmoni," katanya.

Terdahulu, Mohd Isa turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara RTM, Felda dan syarikat produksi Marhaen Production yang terbabit dalam rancangan Sentuhan Ikon itu.

Sentuhan Ikon, yang ditaja oleh Felda, ialah rancangan realiti televisyen membabitkan 18 kumpulan muzik amatur yang bertanding dan dibimbing di bawah tiga ikon kumpulan muzik tersohor negara iaitu Lefthanded, Alleycats dan May. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan