Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu Akan Diusir Segera - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sekumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh di Lahad Datu, Sabah, akan diusir ke negara asal mereka secepat mungkin, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perbincangan mengenainya sedang dibuat bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau mana-mana pihak yang terkorban.

"Melalui sumber risikan, kumpulan ini bukan kumpulan militan atau pengganas, mereka adalah penyokong Kesultanan Sulu dan saya harap dan doakan dapat diusir balik dalam masa terdekat," katanya.

Hishammuddin turut menyelar penyebaran maklumat palsu dan spekulasi mengenai perkara itu, termasuk tuduhan berhubung soal keselamatan di Sabah dan soal hak dan kedudukan rakyat Sabah oleh orang ramai dan juga media antarabangsa.

"Ini merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan dari awal lagi tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat di Sabah.

"Maklumat lanjut mengenai rundingan ini tidak boleh saya nyatakan sebab ia berada di bawah kuasa polis, agensi maritim dan kepimpinan di Sabah, dan perkembangannya akan diumumkan Ketua Polis Sabah," katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan