Kedudukan Najib Di Parlimen Pekan Tidak Tergugat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rekod cemerlang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Ahli Parlimen Pekan tidak akan tergugat walaupun ada individu dan mahasiswa dikatakan mahu mencabar kerusi parlimen berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sesiapa sahaja berhak bertanding di mana-mana kawasan sekalipun memandang Malaysia mengamalkan konsep negara demokrasi berperlembagaan.

“Ini merupakan sikap keterbukaan PM (Perdana Menteri ) kita terhadap mahasiswa dan rakyat. Bila ada kebebasan kita tak boleh sekat. Kita tengok daripada segi positif, kalau ada cabaran kepada PM daripada siapa-siapa tiada masalah,” kata Khairy pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), di sini, Jumaat.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 yang melahirkan keinginan untuk bertanding di parlimen Pekan.

Tambah Khairy, seseorang mahasiswa masih belum layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

“Apa yang hebat sangat mahasiswa? Go ahead (teruskan), kenapa benda ini jadi hebat sangat? Andaian (mahu gugat kredibiliti Najib) adalah salah. Tak gugat kredibiliti Najib. Mereka mungkin cari publisiti. Atau mungkin ada siapa-siapa mastermind belakang dia.

“Dalam demokrasi selagi dia bayar deposit bolehlah bertanding. Tapi dah fikir dua kali?. Jangan sampai hilang deposit sudah. Ini bukan pilihan raya kampus,” kata Khairy.

Sementara itu, Pemuda Umno akan melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (Kibar) terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar kolej.

"Kita akan lancarkan, dah lancarkan zon Pantai Timur dan selatan. Dan Ada dua, tiga zon belum dilancarkan. Ahli kelab seramai 5,000 mahasiswa ini akan terlibat secara tidak langsung berkempen pada pilihan raya umum akan datang,” tambah Khairy.

Dalam perkembangan lain Khairy berkata Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) telah mendapat sambutan menggalakkan daripada belia di negara ini dan ia akan melanjutkan program berkenaan sehingga 1 Mac depan.

Setakat ini, sebanyak 116,335 permohonan diterima dan beliau menyasarkan program berkenaan boleh melepasi 150,000 permohonan.

“Saya nak ingatkan siapa yang daftar supaya berhati-hati dan pergi kaunter yang diiktiraf. Ini kerana ada pihak yang tak bertanggungjawab menipu apabila menerima permohonan dengan mengambil wang tunai.

"Kita hanya ambil bayaran pos sahaja, kalau ada kaunter yang minta tunai, maknanya tidak sah secara telus,” kata Khairy.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan