Daftar Pemilih Baru Diwarta 22 Februari

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senarai daftar pemilih baharu yang melibatkan seramai 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Feb ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau menasihatkan semua pemilih berdaftar supaya menyemak daftar pemilih yang baharu berkenaan supaya sebarang kesilapan dapat diperbetulkan segera.

Abdul Aziz berkata secara keseluruhan seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan bila-bila masa selepas daftar pemilih baharu itu diwartakan.

"Hanya dua juta lebih rakyat Malaysia yang layak mengundi, belum mendaftar sebagai mengundi. Jumlah ini kurang daripada 20 peratus iaitu lebih kurang 18 atau 19 peratus sahaja daripada 16 juta yang layak mengundi.

"Kesedaran rakyat Malaysia untuk mengundi semakin meningkat dan ini bermakna promosi dan kerja keras SPR berjaya. Daftar pemilih yang baharu melibatkan seramai 2.3 juta pengundi berusia bawah 39 tahun yang baru mendaftar sebagai pemilih," katanya pada sidang akhbar selepas Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dan akhbar Berita Harian di sini.

Menjawab soalan seorang daripada peserta rundingan, Profesor Dr Ahmad Zaki Abu Bakar dari Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau berkata pelaksanaan undi elektronik memerlukan pindaan undang-undang terlebih dahulu.

Pada majlis yang sama, Pengerusi MPN Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid melancarkan laman sesawang www.bangipoll.com, yang memuatkan data-data kajian sosialisasi politik semasa hasil beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MPN.

"Laman sesawang ini bersifat neutral, tidak akan menyebelahi mana-mana kumpulan parti politik, telus, objektif dan bakal mengisi lompang-lompang yang ditinggalkan laman sesawang lain serta menambah nilai kepada literasi politik Malaysia.

"Data kajian yang dipersembahkan tidak bersifat bias. Selain itu laman sesawang ini mempunyai bancian yang membolehkan pengunjung menjawab soal selidik secara dalama talian," tambah beliau. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan