Agihan Empat Bantuan Kerajaan Selesai Pada Mac - Ahmad Husni - Berita Semasa | mStar

Agihan Empat Bantuan Kerajaan Selesai Pada Mac - Ahmad Husni

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pembayaran empat inisiatif bantuan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat akan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Mac ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya keempat-empat bantuan itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), Bantuan Awal Persekolahan dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) mula diagihkan secara berperingkat sejak Januari lalu dan ia diharap dapat mengurangkan beban rakyat.

"Keempat-empat bantuan kerajaan ini telah mula dinikmati penerima yang terdiri daripada masyarakat pelbagai lapisan. Kita jangka keempat-empat bantuan itu akan selesaikan diserahkan pada akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian SVTB1M bagi Parlimen Tambun di sini, Sabtu.

Katanya SVTB1M telah diserahkan kepada 26,089 penerima setakat semalam selepas kerajaan meluluskan sumbangan itu kepada 73,653 veteran tentera tidak berpencen.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata sehingga Rabu lepas, sebanyak 1.4 juta penerima isi rumah dan 72, 858 penerima bujang telah menunaikan baucer BR1M masing-masing dengan peruntukan RM724 juta.

"Bagi yang mahu mengetahui status permohonan BR1M, mereka boleh menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tarikh tutup permohonan pada 15 Mac ini. Kita mahu rakyat tahu hal ini dan buat permohonan sebelum tarikh itu," katanya.

Mengenai Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100, beliau berkata sebanyak 5.24 juta pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah menerima peruntukan membabitkan RM524 juta.

Bagi sekolah swasta, agama negeri dan agama rakyat, pembayarannya sedang diproses dan juga akan diselesaikan sebelum 31 Mac ini, katanya.

Sementara bantuan BB1M bernilai RM250 yang disasar diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara juga sedang dilaksanakan dan akan selesai menjelang Mac, katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan