Siri Jelajah Pembangkang Ke Felda Bukan Perkara Baru - Pengerusi Felda

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siri jelajah pembangkang ke Felda seluruh negara bukan perkara baharu apabila pilihan raya umum semakin hampir, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

"Mereka tahu Felda merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN) sejak dulu. Itu sebab dia (pembangkang) cuba mencipta pelbagai isu bagi mengelirukan masyarakat Felda," katanya ketika ditanya mengenai kegiatan parti politik pembangkang mengadakan siri ceramah di Felda seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Felda dan Majlis Kanser Nasional (Makna) di sini Jumaat, Mohd Isa berkata, bukan suatu yang sukar untuk Felda membuat penjelasan kepada masyarakat Felda tentang isu yang ditimbulkan pembangkang.

"Kita (Felda) di pihak yang benar, memberi (penjelasan) dengan fakta kerana mereka bercakap dengan suatu yang diimaginasikan, tekaan dan serkap jarang supaya rakyat boleh jadi keliru," katanya.

Mohd Isa berkata, beliau berkeyakinan masyarakat Felda termasuk generasi baru akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengenai MoU pada Jumaat, beliau berkata, ia antara lain bertujuan melaksanakan tanggungjawab korporat (CSR) kepada masyarakat Felda dan orang ramai mengenai kesedaran melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser.

"Program pemeriksaan kesihatan bersama Makna ini meliputi 24 program sepanjang tahun ini... harapan saya supaya masyarakat Felda termasuk penduduk sekitar datang membuat pemeriksaan kesihatan, mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat oleh petugas Makna," katanya.

Mohd Isa berkata, Yayasan Felda memperuntukkan hampir RM600,000 dan keperluan logistik kepada Makna untuk bergerak ke 24 lokasi terpilih di Felda seluruh negara.

Melalui MoU itu juga Makna akan melaksanakan kempen kesedaran kanser payu dara menggunakan treler dilengkapi mesin mamogram selama empat hari di lokasi ditetapkan.

Makna turut melaksanakan pemeriksaan mata dan memberikan cermin mata percuma kepada warga Felda dan masyarakat sekitar yang memerlukan.

Program pertama kempen kesedaran kanser dan saringan kanser payu dara diadakan selama empat hari bermula Jumaat di ibu pejabat Felda Jalan Semarak dan orang ramai dijemput hadir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan