PM Nafi Ada Kaitan Halang Pornthip Bedah Siasat C.Kumar

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu.

Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam kejadian pada 23 Jan lepas, Sugumar yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumar bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan