PM Lancar UTC Perak

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, satu lagi inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis pelancaran itu, Najib berkata UTC Perak adalah UTC ketiga dan terbesar di negara ini selepas Melaka dan Kuala Lumpur.

Katanya UTC Perak yang mempunyai 57 jabatan, agensi kerajaan , pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah menerima 50,000 pengunjung pada bulan lepas.

Berbeza dengan UTC lain, Najib berkata UTC Perak mempunyai keistimewaan tersendiri kerana dilengkapi pasar basah dan gelanggang futsal selain beroperasi tujuh hari seminggu dari 8.30 pagi hingga 10 malam.

Beliau berkata langkah kerajaan mewujudkan UTC Perak bertujuan membangunkan bandar lama Ipoh dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan yang ditempatkan dalam satu bangunan.

"Kita sempat tanya dengan para pegawai tadi, mereka kata waktu paling sibuk dan kemuncak ialah antara 8.30 malam hingga 10 malam.

"Ini bererti bahawa ia adalah satu kemudahan yang kita berikan. Dulu rakyat sukar buat urusan mereka sedang bekerja tapi sekarang ini selepas kerja, solat boleh datang untuk buat urusan dengan jabatan kerajaan," katanya pada sidang media selepas pelancaran itu.

Beliau berkata kerajaan akan mewujudkan UTC di setiap negeri dan UTC Kuantan yang kini dalam pembinaan akan dibuka selepas ini.

"Kita nak buat di setiap negeri iaitu masing-masing perlu ada dua, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan UTC kecuali untuk Wilayah Persekutuan (yang hanya ada UTC).

UTC Perak terletak di aras dua dan tiga bangunan Pasar Besar Ipoh yang dahulunya merupakan pasar raya terbesar di Ipoh yang dikenali sebagai Super Kinta.

Ia mula beroperasi 26 Disember 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan