Kerajaan Timbang SVTB1M Balu Veteran Tentera Tidak Berpencen

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperluaskan pemberian Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu tentera sebagai menghargai dan mengenang jasa suami mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Timbalan Perdana Menteri berkata secara peribadinya beliau bersetuju dengan perluasan sumbangan wang tunai RM1,000 itu dan perkara berkenaan akan diusulkan pada mesyuarat Kabinet bagi kelulusan.

"Saya sokong 100 peratus tetapi kuasa 'besar' terletak pada Perdana Menteri. Saya akan sebut dalam mesyuarat Kabinet nanti," katanya berucap pada majlis penyampaian SVTB1M peringkat negeri Johor di sini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad serta Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata secara dasarnya peruntukan untuk pemberian sumbangan itu sudah ada dan ini sekali gus dilihat sebagai membela nasib balu dan anak-anak tentera.

Beliau menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu mengambil berat segala sumbangan yang dicurahkan veteran tentera dan tidak pernah sesekali meminggirkan mereka.

"Ini (SVTB1M) sumbangan kecil dalam hendak menilai pengorbanan besar dan jiwa raga veteran tentera. Kalau tiada perjuangan saudara-saudara (veteran), negara kita tidak aman dan kalau tidak aman maka rakyat tidak sempurna dan kerajaan juga tidak dapat memajukan negara," katanya.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan veteran tentera merupakan pendukung kekuatan BN dan bantuan SVTB1M juga merupakan pengiktirafan kerajaan sebagai memastikan kehidupan selesa kepada mereka.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan baucar replika SVTB1M kepada 25 wakil parlimen negeri Johor sebagai simbolik kepada penyerahan wang RM1,000 kepada 6,184 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negeri ini.

Terdahulu, beliau meminta veteran dan tetamu yang hadir untuk bersama-sama menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Lt Adnan Saidi yang terkorban dalam peristiwa berdarah pertempuran Bukit Candu, Singapura, 71 tahun lepas.

Sementara itu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) berterima kasih kepada Muhyiddin kerana menyokong pemberian SVTB1M diperluaskan kepada balu.

Presidennya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata terdapat kira-kira 36,000 balu veteran tidak berpencen di seluruh negara dan pemberian itu sudah tentunya melambangkan kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan suami mereka.

"Kita memperjuangkan balu veteran supaya mereka juga boleh menerima imbuhan RM1,000 secara one off itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan SVTB1M oleh Muhyiddin.

Mohd Anwar berkata beliau ada menerima pelbagai pertanyaan dan cadangan pemberian SVTB1M kepada balu veteran tidak berpencen dalam siri dialog di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini.

"Mereka (balu) mengajukan pertanyaan tidak bolehkah mereka diberi imbuhan itu sebagaimana veteran tentera tidak berpencen lain.

"Mengikut kaedah, mereka tidak layak tetapi kami (PBTM) hendak memperjuangkannya supaya mereka mendapat imbuhan sama," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan