Kerajaan Pulau Pinang Berniat Jahat Isu Perumahan - Nor Mohamed

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat mempunyai niat jahat dan sengaja mahu menyusahkan rakyat apabila meletakkan syarat yang tidak masuk akal khususnya bagi penyelesaian isu perumahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata isu perumahan di Pulau Pinang bukan lagi perkara baharu dan ia mendapat perhatian semua pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mempunyai kediaman yang selesa adalah hak rakyat. Dengan adanya keselesaan tempat tinggal, secara tidak langsung dapat membantu peningkatan dalam pendidikan anak-anak. Menerusi pendidikan, kehidupan seseorang atau sesebuah keluarga akan berubah menjadi lebih baik.

"Dalam hal ini mempunyai kediaman yang selesa adalah penting. Mungkin ada sebab kenapa kerajaan DAP tak nak buat rumah mampu milik. Tetapi apabila kita (kerajaan persekutuan) mahu buat, dia tak bagi pula. Ini niat jahat la, letak syarat yang tidak masuk akal, niat jahatlah tu," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah meletakkan tiga syarat kepada pemaju JKP Sdn Bhd bagi pembinaan rumah kos rendah di kawasan seluas 5.2 hektar di Kampung Bagan Serai, Seberang Perai Tengah.

Syarat itu ialah pihak pemaju perlu menyediakan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), penilaian kesan trafik (TIA) dan menambah bilangan rumah kos rendah daripada 246 unit kepada 400 unit.

"Pada kebiasaanya, laporan EIA dan TIA perlu disediakan bagi pembinaan yang akan dilakukan di tanah yang berkeluasan 20 hektar," jelas Nor Mohamed.

Terdapat tiga jenis rumah yang akan dibina JKP Sdn Bhd iaitu rumah kos rendah berharga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM229,000, rumah kedai yang berharga RM120,000 dan dua unit rumah semi D.

Beliau berkata usaha itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan sentiasa memikirkan tentang kebajikan rakyat dan sentiasa memastikan setiap faedah yang diperoleh daripada kemajuan diagihkan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.

"Inilah bezanya antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan DAP. Kerajaan BN sentiasa berniat baik terhadap rakyat dan mahu rakyat hidup selesa. Rakyat perlu sedar ini dan kita ada pilihan, apabila tiba pilihan raya umum nanti, buatlah pilihan yang bijak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan