Kementerian Jamin Daging Import Di Negara Ini Halal - Noh Omar

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Jumaat memberi jaminan daging lembu import di negara ini adalah halal dan diperoleh dari rumah sembelihan yang diiktiraf dan mempunyai sijil halal.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kesemua daging lembu yang diimport ke negara ini adalah dari Australia, New Zealand, India dan Sudan yang disahkan mempunyai rumah sembelih halal dan diiktiraf oleh badan-badan berkenaan dari Malaysia.

"Kesemua daging lembu yang dibawa masuk adalah halal dan mengikut prosedur sembelihan dan ternakan yang disahkan mengikut ketetapan dari badan di negara ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada lebih 500 penerima di kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini, Jumaat.

Beliau berkata, sebelum mengimport daging dari sesebuah negara, tiga pegawai akan dihantar ke negara terbabit untuk membuat pemeriksaan.

Katanya, pegawai itu adalah dari kementeriannya bagi memeriksa keadaan haiwan ternakan, dari Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan makanan ternakan dan rumah sembelihan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bertanggungjawab memeriksa sembelihan mengikut hukum syarak.

Noh berkata demikian bagi mengulas laporan media pada Jumaat mengenai dakwaan terdapat daging lembu import dari Eropah termasuk United Kingdom yang dijual di pasar raya besar, dicampur dengan daging kuda.

Laporan itu menyebut, daging lembu import dari negara terbabit adalah campuran daging lembu dan kuda yang dijual di pasar raya besar di Perancis, Belanda, Sweden dan Britain.

"Kita memang tidak import daging dari negara Eropah termasuk United Kingdom, jadi pengguna di negara ini tidak perlu risau," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan