Kalimah Allah: Lagi Anggota PAS Dan NGO Anjur Protes

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan anggota PAS dan badan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) pada Jumaat mengadakan perhimpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bantahan secara aman itu berlangsung kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini.

Kumpulan berkenaan turut membakar akhbar keluaran kerajaan negeri, Buletin Mutiara sebagai simbolik menolak Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab memulakan isu kontroversi itu.

Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar menyelar kepimpinan tertinggi PAS yang didakwa terus bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terangan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

"Mengapa Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) (Mursyidul Am PAS) pergi melawat Karpal (Singh)(Pengerusi DAP) baru-baru ini? Untuk berdakwah? Beliau menunjukkan contoh tidak baik kepada ahli PAS kerana dia (Karpal) secara jelas menghina perjuangan PAS dengan meminta majlis syura menukar pendirian mengenai isu itu," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, di Kedah, lebih 300 anggota Persatuan Penawar 1Malaysia dan jemaah Masjid Jamek di Sik turut mengadakan protes serupa di hadapan masjid itu selepas solat Jumaat.

Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim.

Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik, Ghazali Ahmad, 58, berkata masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu.

"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan