Baucer Khas Karisma Hati RM50 Juta Diedar Mac - PM

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Baucer khas program Karisma Hati Rakyat membabitkan peruntukan RM50 juta akan diedarkan sebelum 31 Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan peruntukan itu berkata pengagihan baucer berkenaan akan membabitkan 200,000 penerima.

Beliau mengumumkannya sempena pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini.

Sebelum ini menerusi Bajet 2013, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucer bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung dan RM300 penerima di Sabah dan Sarawak untuk keperluan rumah, sekolah dan khas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan