PM Bersarapan Dengan Pemimpin BN Sabah

Diterbitkan: Khamis, 14 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa lebih kurang sejam bersarapan bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, di sini.

Najib yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah mulai semalam, turut dihidangkan makanan tradisi Cina 'Yee Sang' sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Antara pemimpin BN Sabah yang hadir ialah Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi MCA Negeri Datuk Edward Khoo, Pengerusi MIC Negeri Datuk V. Jothi dan Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Gordon Leong.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata antara perkara yang dibincang ketika bersarapan ialah perkembangan terkini kejadian sekumpulan rakyat asing menyamar sebagai anggota tentera dan cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu Selasa lepas.

Perdana menteri diberitahu mengenai perkembangan kejadian itu oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang sebelum itu diberi taklimat oleh polis.

Abdul Rahman berkata selain kejadian itu, Najib meminta pemimpin BN negeri meningkatkan usaha mendekatkan diri kepada rakyat, terutama dalam memastikan sokongan rakyat berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas bersarapan, perdana menteri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki helikopter ke Beaufort bagi menghadiri Majlis Bersama Rakyat.

Najib dijadual menghadiri majlis serupa di Papar dan melancarkan Program Nadi Kasih peringkat negeri di Tuaran. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan