NGO Desak Pulau Pinang Kaji Harga Siling Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Khamis, 14 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini didesak untuk mengkaji semula harga siling RM400,000 yang ditetapkan bagi unit rumah mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dirancang dibina di Jalan S.P Chelliah, di sini.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata tanah seluas 2.83 hektar milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu seharusnya diperuntukkan untuk orang ramai dengan membina rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah mampu milik berharga bawah RM100,000.

"Memang tak mampu kita beli. Penduduk di sini pun bukan semua orang senang. Yang kerajaan negeri kata nak buat rumah berharga RM72,000 untuk rumah kos rendah di sini saya tak setuju juga, sebab parking lot kena bayar lain sebanyak RM28,000. Kalau kita tambah dah jadi RM100,000...kita tetap tak mampu beli juga.

"Kalau kerajaan negeri nak buat bisnes pergi la cari tempat lain. Jangan guna tanah kerajaan. Depa sebagai pemerintah kena tengok (kemampuan) rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Bulan lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri menetapkan harga siling RM400,000 bagi unit rumah mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dirancang dibina di Jalan S.P Chelliah dan RM250,000 bagi rumah mampu milik di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Aminah berkata sebanyak 770 unit rumah kos rendah berkeluasan 700 kaki persegi berharga RM72,500 dicadang dibina di tanah tersebut selain 468 unit rumah sederhana rendah berharga di antara RM200,000 dan RM300,000 berserta 82 unit rumah mampu milik berharga RM400,000.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengkaji semula penetapan harga siling itu bagi mengelakkan lebih ramai penduduk di negeri ini berpindah ke tanah besar, Kulim dan Sungai Petani.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat negeri berkata kerajaan negeri juga seharusnya memberi keutamaan kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah selepas projek pembangunan perumahan di tanah berkenaan siap kelak. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan