Kerajaan Selangor Tidak Hormat Sultan Mahu Bubar DUN Awal

Diterbitkan: Khamis, 14 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Feb ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran DUN.

"Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran DUN) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

"Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini...," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan DUN lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini.

Beliau berkata hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat.

Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar.

"Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?... pasti ada udang di sebalik batu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan