BN Kenal Pasti Kumpulan Sabotaj Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 14 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mendakwa Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN yang diadakan di Pulau Pinang Isnin lalu telah disabotaj pihak tertentu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata perkara itu dapat dilihat melalui analisa yang mengesahkan terdapat kumpulan yang hadir ke majlis tersebut dengan niat tidak baik.

"Sah ada pihak yang datang dengan niat buruk. Bukan datang dengan niat menyambut Tahun Baru Cina atau tengok persembahan artis PSY.

"Mereka ini datang untuk gagalkan majlis," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Menurut Zainal Abidin, sekumpulan penyokong pembangkang dikenal pasti telah bertindak di luar batasan dengan membuat perkara yang tidak patut dilakukan di sebuah majlis rumah terbuka yang dianjurkan atas semangat muhibah.

"Bila kita buat analisa semula keseluruhan program kita dapat lihat kejayaan dan perkara yang kita boleh perbaiki di masa hadapan.

"Kita juga berjaya kenal pasti kumpulan yang tidak mengormati majlis. Mereka mem'boo' tuan rumah dan pemimpin. Mereka ini tak ramai...puluhan orang sahaja tapi kita nampak ada," katanya.

Mengulas mengenai video laungan 'no' (tidak) sebagai jawapan kepada pertanyaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kesediaan pengunjung majlis memilih BN beliau berkata ia juga berniat jahat.

Katanya, ramai pengunjung yang menjawab 'yes' (ya) terhadap soalan perdana menteri dan ia dapat dilihat melalui video yang dirakam pemgunjung lain selain daripada kumpulan berniat jahat ini dan turut dimuat naik di internet.

"Kumpulan ini berniat jahat. Ambil video, jerit 'no' kuat-kuat dan 'upload' di internet. Tengok juga video sebenar yang ramai pengunjung jawab 'yes'.

"Pemimpin (perdana menteri) seorang yang bijak. Kalau beliau dengar orang (pengunjung) kata 'no' takkan beliau ulang tanya tiga kali," katanya.

Beliau yang kesal dengan tindakan yang disifatkan tidak beretika tersebut bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap perbuatan itu.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, majlis yang dihadiri perdana menteri itu disabotaj oleh pihak pembangkang, terutama DAP yang bertujuan memalukan Najib.

“Saya percaya terdapat segelintir pihak telah diupah oleh DAP untuk mensabotaj majlis tersebut yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat pelbagai kaum,” katanya menerusi kenyataan di blognya, Rabu.

Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan video itu yang kebanyakannya disiarkan dalam portal pembangkang telah diubah suai untuk kepentingan DAP.

“Setelah saya perhatikan YouTube tersebut, kelihatan hanya seorang dua di barisan belakang sahaja yang kedengaran melaungkan perkataan ‘tidak’ (no) apabila ditanya Najib sama ada bersedia untuk memilih BN, nampak seperti ia telah diedit atau diubah suai,” jelasnya.

Sementara itu Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow percaya kumpulan yang melaungkan perkataan ‘no’ itu adalah kumpulan yang dihantar untuk merosakkan majlis.

“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” katanya, memetik laporan akhbar Sinar Harian, Selasa.

Katanya, bukan semua yang hadir ke majlis itu melaungkan 'tidak' dan pihaknya mempunyai rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan 'ya' apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan