PPFIM Rayu Penguatkuasaan Kontrak Pengeluaran Antara Agensi Pengiklanan Dan Syarikat Penerbitan

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) merayu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta badan kawal selia Malaysia menguatkuasakan kontrak pengeluaran antara agensi pengiklanan dan syarikat penerbitan atau pasca penerbitan.

Presidennya, Khoo Kay Lye berkata kontrak itu penting dalam menangani isu tiada bayaran serta bayaran lewat dan akan memanfaatkan industri filem komersil keseluruhannya.

"Dalam kes tertentu, ahli PPFIM dibiarkan menunggu sehingga 10 bulan untuk menerima bayaran penuh mereka walaupun telah menyiapkan penerbitan seperti yang dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Khoo berkata beberapa syarikat penerbitan atau pasca penerbitan menerima tugasan yang diberi dengan niat baik tanpa menetapkan kadar minimum untuk krew, pengarah filem, pengarah fotografi dan caj lain.-- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan