Pemimpin BN Dakwa Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Disabotaj Untuk Malukan PM

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mendakwa Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN yang diadakan di Pulau Pinang Isnin lalu telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu disabotaj oleh pihak pembangkang, terutama DAP yang bertujuan memalukan Najib.

“Saya percaya terdapat segelintir pihak telah diupah oleh DAP untuk mensabotaj majlis tersebut yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat pelbagai kaum,” katanya menerusi kenyataan di blognya, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman video yang dimuat naik menerusi YouTube yang antara lain menunjukkan orang ramai melaungkan perkataan ‘no’ (tidak) apabila perdana menteri bertanya sama ada pengunjung yang hadir pada majlis berkenaan bersedia memilih BN.

Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan video itu yang kebanyakannya disiarkan dalam portal pembangkang telah diubah suai untuk kepentingan DAP.

“Setelah saya perhatikan YouTube tersebut, kelihatan hanya seorang dua di barisan belakang sahaja yang kedengaran melaungkan perkataan ‘tidak’ (no) apabila ditanya Najib sama ada bersedia untuk memilih BN, nampak seperti ia telah diedit atau diubah suai,” jelasnya.

Beliau berkata tindakan tersebut jelas seperti telah dirancang oleh DAP Pulau Pinang bagi menggambarkan rakyat negeri tersebut tidak akan memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Perbuatan itu katanya, jelas membuktikan bahawa DAP sudah ketandusan isu untuk menyerang pemimpin BN sehingga terpaksa ‘mengupah’ anak-anak muda supaya berkelakuan kurang ajar.

“Saya percaya mereka yang segelintir itu telah diupah oleh DAP untuk mensabotaj majlis tersebut yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat pelbagai kaum,” ujarnya.

“Bukan sahaja biadab malah satu tindakan kebudak-budakan,” katanya lagi.

Sementara itu Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow percaya kumpulan yang melaungkan perkataan ‘no’ itu adalah kumpulan yang dihantar untuk merosakkan majlis.

“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” katanya, memetik laporan akhbar Sinar Harian, Selasa.

Katanya, bukan semua yang hadir ke majlis itu melaungkan 'tidak' dan pihaknya mempunyai rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan 'ya' apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan