Muhyiddin Beramah Mesra Dengan Warga Taman Maluri

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan tinjauan di Taman Maluri di sini sempena Tahun Baharu Cina, dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat di pusat perdagangan di kawasan itu.

Muhyiddin, yang tiba pada pukul 5 petang disambut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, selain orang ramai dan peniaga di sekitar kawasan itu.

Dalam tinjauan kira-kira sejam itu, Muhyiddin beramah mesra dengan golongan peniaga dan orang ramai, menggaul "yee sang" serta mengagihkan buah limau kepada mereka.

Sementara itu, Johari ketika ditemui pemberita berkata sambutan mesra warga pelbagai kaum di sini memberikan keyakinan tinggi Barisan asional (BN) untuk menawan semula kerusi Parlimen Titiwangsa yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008.

"Ini kali pertama beliau datang ke sini selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, Alhamdulillah, sambutan baik di kawasan ini," katanya. -- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan