Malaysia Kutuk Ujian Nuklear Korea Utara

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear Korea Utara semalam yabng merupakan pencabulan langsung terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia menyertai komuniti antarabangsa dalam menggesa Korea Utara supaya mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan iaitu Resolusi 1718 (2006), 1874 (2009) dan 2087 (2013).

"Malaysia amat kesal dengan tindakan DPRK (Korea Utara) mengadakan ujian nuklear di sebalik kebimbangan yang disuarakan komuniti antarabangsa.

"Kami menggesa semua pihak berkaitan supaya melaksanakan sekatan penuh dan mengelak tindakan yang boleh memburukkan keadaan di wilayah Timur Laut Asia," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata Malaysia sesungguhnya percaya semua usaha harus ditumpukan ke arah menegaskan semula komitmen untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau, dan mewujudkan persekitaran aman di Semenanjung Korea khususnya dan di dunia amnya. -- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan