Malaysia Gesa Tumpu Perlindungan Orang Awam Di Kawasan Konflik

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa lebih penekanan dan tumpuan diberikan kepada pelaporan dan pemantauan terhadap perlindungan orang awam terutamanya di Palestin dan Syria.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata pelaporan dan pemantauan itu mesti berasaskan penandaaras dan petunjuk prestasi utama digariskan yang boleh dilaporkan kepada Majlis Keselamatan secara tetap.

Merujuk kepada situasi di Palestin, Hussein berkata, ia adalah antara serangan terburuk ke atas orang awam tidak bersalah oleh Israel yang terbukti telah melanggar Perkara 4 Konvensyen Geneva dan kemanusiaan serta undang-undang hak asasi manusia.

"Dilaporkan biasanya 84 peratus kematian daripada penggunaan senjata peledak di kawasan penempatan ialah orang awam," katanya.

Hussein berkata demikian dalam ucapan pada Debat mengenai Perlindungan Orang Awam Dalam Konflik Bersenjata di Majlis Keselamatan PBB di New York pada Selasa.

Teks ucapan beliau dihantar ke Bernama di sini pada Rabu.

Hussein berkata, Malaysia juga terus bimbang dengan jumlah kematian orang awam dalam tempoh 23 bulan konflik di Syria yang setakat ini telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang.

"Malaysia mengutuk serangan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak terbabit ke atas kawasan penempatan orang awam, mengetahui serangan itu akan mengakibatkan kematian orang awam," katanya.

Bagi pihak Malaysia, Hussein menggesa pihak-pihak terlibat supaya mematuhi dan berpegang kepada semangat Pernyataan Bersama Kumpulan Tindakan bagi Syria di Geneva pada 30 Jun, 2012.

Duta itu berkata, Malaysia bersetuju ketetapan mandat perlindungan orang awam digariskan Majlis Keselamatan bagi operasi misi keamanan adalah amat penting dalam membendung keganasan dilakukan terhadap orang awam.

Beliau berkata, ketua-ketua misi perlu memastikan misi mereka terutamanya dengan mandat melindungi orang awam, melaksanakan tugas dan tenggungjawab mereka tanpa prejudis.

Hussein berkata, Malaysia telah menyumbang kepada banyak operasi misi pengaman PBB sejak 1960 seperti Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL), Misi PBB bagi Referendum di Barat Sahara (MINURSO), Misi PBB di Republik Selatan Sudan (UNMISS) dan Operasi Hibrid PBB di Darfur (UNAMID).

Duta itu juga menegaskan dunia tidak boleh tutup mata dalam isu pelindungan orang awam di kawasan konflik.

"Sungguhpun kita kesal dengan pembunuhan orang awam, Majlis ini patut tanya sekiranya kita telah berbuat sepatutnya untuk melindungi orang awam kerana dunia akan menghakimi apa yang telah kita lakukan dan apa yang kita tidak lakukan untuk melindungi orang awam yang tidak bersalah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan