Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kira-kira 1,000 anggota pembangkang terutamanya PAS dijangka meninggalkan parti itu menjelang Mac ini dalam program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran Umno Bahagian Besut, kata Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota PAS yang sudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagi apabila sanggup menjalin pakatan dengan DAP yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.

"Awal bulan ini kita telah terima hampir 400 anggota PAS majoritinya yang mahu menyertai Umno selepas muak dan tidak boleh menerima pendekatan parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan Islam termasuk dalam isu berkaitan kalimah Allah," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Idris berkata rata-rata penyokong turut melahirkan rasa keliru apabila melihat perjuangan PAS pada hari ini yang berbeza dengan matlamat asalnya termasuk menghalalkan wanita tampil berceramah mewakili parti itu.

"Dulu wanita nak masuk tilawah Al-Quran pun dihalang, dengan alasan suara aurat tetapi sekarang sanggup ambil artis wanita berceramah wakili mereka, apa sudah jadi?.

"Demi cita-cita mahu ke Putrajaya mereka halalkan semua, kalau nak sangat ke Putrajaya saya boleh sediakan bas, pergilah tak payah nak tunggu lepas pilihan raya," katanya.

Pada 5 Feb lepas, seramai 388 anggota PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap parti mereka dalam perhimpunan STP di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut di Terengganu.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata penyertaan anggota parti pembangkang itu membuktikan Umno dikagumi dan dipercayai kerana sentiasa konsisten dalam perjuangan yang tidak pernah terkeluar dari landasan agama.

"Baru-baru ini ada orang kuat PAS jumpa saya sembunyi-sembunyi dalam kereta beritahu sudah tidak tahan dengan perjuangan parti itu yang semakin lemah dan jelas dipergunakan oleh pakatan lain termasuk DAP," katanya.

Idris berkata beliau percaya lebih ramai akan menyertai Umno dalam masa terdekat dan ini merupakan petanda baik bahawa BN Terengganu semakin kukuh dan mantap di hati rakyat. -- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan