Karpal Tetap Mahu Anwar Jadi Perdana Menteri

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Menurut laporan itu, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam PAS memberitahu penolakan Majlis Syura Ulama PAS terhadap Anwar semakin kuat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan