28 NGO Di Bagan Serai Serah Memorandum Sokong BN

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis di sini.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian, Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.

Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalam usaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.

Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang pada PRU-13.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan