Pembinaan Masjid Bukan Semata-Mata Janji Tetapi Tanggungjawab Kerajaan Pusat - Mustapha

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan program pembinaan dan membaiki masjid di negeri ini bagi memastikan rakyat Kelantan menikmati kemudahan beribadat dengan lebih selesa sama seperti umat Islam di negeri-negeri lain, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pembinaan projek itu bukan semata-mata janji malah ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dalam pembangunan di bidang kerohanian.

"Kita (kerajaan Pusat) telah membina 27 buah masjid di seluruh negeri ini sejak 2008 selain membaiki dan membaikpulih kira-kira 100 masjid membabitkan kos berpuluh juta ringgit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pembinaan Masjid Mukim Mentuan, Kubang Kerian, di sini, malam Isnin.

Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan cek RM500,000 kepada Imam Muda Masjid berkenaan Abdul Ghafar Hussin, untuk menyiapkan projek pembinaan masjid itu yang 75 peratus siap sejak lebih dua tahun lepas.

Mustapa berkata, kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan projek-projek pembangunan di bidang keagamaan bagi rakyat negeri ini.

"Ia bukanlah semata-mata kerana janji pilihan raya, tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan di bidang keagamaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa kemajuan Masjid Mentuan, Kamaruzaman Mohamad, berkata sebahagian daripada peruntukan RM500,000 sumbangan kerajaan itu adalah untuk menyiapkan projek pembinaannya dan sebahagian lagi untuk membayar tunggakan hutang pembinaan bangunan itu yang dilaksanakan sejak 2010.

Beliau bagi pihak jawatankuasa masjid itu amat bersyukur kepada kerajaan persekutuan kerana menyediakan peruntukan yang begitu besar dan ia suatu petanda kerajaan tidak mengabaikan kepentingan rakyat, khasnya masyarakat Islam di bidang keagamaan.

Katanya, masjid itu yang mula dibina pada 2010 secara gotong royong dengan bantuan penduduk kampung dan terbengkalai pembinaannya kerana kekurangan perbelanjaan.

Beliau yakin dengan bantuan kerajaan Pusat itu, bangunan masjid itu yang kini siap 75 peratus dijangka siap sepenuhnya genap tiga tahun mengikut jadual pada April depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan