Pemain Muda Malaysia Dihargai, Dapat Inspirasi Daripada Pasukan Cardiff City

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peluang seumur hidup: Para pelajar dan pegawai dari Felda bergambar di Stadiym Cardiff City di Wales selepas menamatkan program latihan mereka selama tiga minggu. Foto UU BAN / THE STAR
Peluang seumur hidup: Para pelajar dan pegawai dari Felda bergambar di Stadiym Cardiff City di Wales selepas menamatkan program latihan mereka selama tiga minggu. Foto UU BAN / THE STAR

SEREMBAN: Sorakan daripada 25,000 penonton di Stadium Cardiff City masih lagi jelas terngiang-ngiang di telinga Amirul Hafiz Rahmat, 14, yang merupakan di kalangan 50 anak muda Malaysia yang melakukan pusingan penghormatan di sekitar stadium itu pada awal Disember lalu.

“Saya tidak akan melupakan perasaan itu. Ia seperti kita sebagai pemain bola sepak muda yang terbaik di bumi ini,” katanya, yang merupakan antara kumpulan pertama dari Akademi Felda Kuantan yang menjalani latihan selama tiga minggu di Kelab Bola Sepak Cardiff City milik rakyat Malaysia.

Mereka memulakan latihan pada 10 November dengan Cardiff City, yang dimiliki oleh ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Kelab itu kini mendahului kejuaraan liga Inggeris.

Program tersebut, merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bertujuan untuk memberi peluang pendedahan terhadap teknik permainan lebih baik daripada jurulatih asing kepada golongan muda Malaysia.

Anak-anak muda itu diberi keistimewaan untuk menonton kelab itu bermain menentang pasukan Sheffield Wednesday pada 2 Disember lalu dan diberikan tepukan gemuruh oleh peminat semasa separuh masa pertama perlawanan, di mana Bluebirds memenangi jaringan.

Amirul ditemuramah selepas mereka menerima sijil kerana menamatkan latihan mereka daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada satu majlis di sini, Isnin.

Mohd Aidil Ikmal Ramli, 16, seorang pelajar dari Felda Raja Alias, Negeri Sembilan berkata: “Kami juga bertuah kerana menonton perlawanan dengan Middlesbrough.

“Perasaan di stadium begitu teruja. Sesuatu yang dibanggakan apabila melihat para pemain Cardiff City memakai jersi yang tertera dengan perkataan ‘Malaysia’.

Chan, yang turut hadir pada majlis itu, memuji pelatih muda kerana disiplin mereka sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, Ahmad berkata, Felda akan mempertimbangkan untuk menghantar lebih ramai pelajar pada masa akan datang ke Cardiff untuk mempromosikan perlawanan itu.

Beliau menambah, terdapat tiga lagi Akademi Felda, di Alor Setar dan Gua Musang, Kelantang dan yang ketiga sedang dirancang di wilayah selatan.

Ahmad berkata, Felda turut akan membina sebuah stadium dengan kapasiti 30,000 orang di Bandar Tun Razak di Jengka, Pahang.

Felda juga telah membina gelanggang futsal di kawasannya di seluruh negara dan akan membina kemudahan untuk sukan-sukan lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan