Pakatan Rakyat Perlu Bersikap Rasional Jika Kalah Pada PRU13 - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HUTAN MELINTANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pakatan Rakyat perlu bersikap rasional dan tidak emosional sekiranya pakatan pembangkang itu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) atau pembangkang perlu menerima hakikat sama ada menang atau kalah pada PRU-13 nanti kerana keputusan dibuat rakyat.

"Sekiranya BN menang pada PRU-13 pembangkang perlu menyokong, kalau mereka (pembangkang) menang pula kita (BN) akan sokong.

"Jangan timbulkan huru hara...(sebab) negara kita aman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bahagian Bagan Datoh di sini, Selasa.

Ahmad Zahid mengulas dakwaan sesetengah pihak tentang kemungkinan pembangkang menimbulkan huru hara sekiranya mereka kalah dalam PRU-13.

Menyentuh "Arab Spring", istilah digunakan bagi kebangkitan rakyat di negara Timur Tengah, Ahmad Zahid berkata beliau tidak fikir mereka (pembangkang) sanggup melakukan hal sedemikian.

"Mereka (pembangkang) adalah pemimpin rasional (dan) yang baik-baik," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc menyebut kemungkinan berlaku "Arab Spring" di Malaysia sebagaimana amaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan